PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja
saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.
7 Jun 2015 Mohd
Raihan Johar
D20102041561
790124015781
PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Syukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan penulisan latihan ilmiah
ini sehingga sempurna.
Dalam
menyiapkan penulisan ilmiah ini, pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi.
Semuanya dapat diatasi dengan jayanya. Keyakinan pada diri sendiri mengatasi
segala-galanya. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK
Bandar Tun Razak, iaitu En Suib b. Haji Hamid kerana telah memberi sejuta
variasi ilmu dalam membantu saya menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tunjuk ajar beliau amat
membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Seterusnya, tidak lupa juga kepada
pihak Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak, Rompin, Pahang kerana telah
membenarkan saya melakukan kajian di sekolah tersebut sehingga selesai. Jutaan
terima kasih juga saya rakamkan buat AADK Rompin, AJK PPDa SKBTR, isteri,
anak-anak serta rakan-rakan yang banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini
secara langsung mahupun tidak langsung.
Akhir kata,
sekiranya terdapat kekurangan dalam penghasilan tugasan ini, jutaan maaf
dipohon. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan segala yang
kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.
MOHD RAIHAN BIN JOHAR
SK Bandar Tun Razak
790124-01-5781
KAJIAN TINDAKAN : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR
oleh
Mohd Raihan bin Johar
SK Bandar Tun Razak
ABSTRAK
Tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi perlakuan merokok di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Indah Ampang. Persoalan utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya,
faktor diri sendiri dan faktor keluarga. Kajian ini melibatkan 10 orang murid pelajar
lelaki tahun enam lima SK Bandar Tun Razak. Responden kajian ini terbatas
kepada pelajar yang dikenal pasti mempunyai rekod merokok melalui buku rekod
disiplin. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian. Data dianalisis bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan min.
Daripada persoalan kajian didapati nilai min keseluruhan adalah sederhana.
Keputusan kajian keseluruhan mendapati faktor rakan sebaya adalah faktor yang
lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga
dan diri sendiri.
1.0 REFLEKSI AMALAN LALU
Tabiat merokok
boleh memudaratkan kesihatan. Rokok telah dianggap satu-satunya punca kematian
utama yang boleh dielakkan pada masa kini. Perangkaan di peringkat antarabangsa
menunjukkan terdapat 1.1 bilion perokok di seluruh dunia dan mengakibatkan
kematian kira-kira empat juta orang setahun atau satu kematian bagi setiap
lapan saat. Di Malaysia pula, terdapat kira-kira 10,000 kematian setiap tahun
yang dikaitkan dengan amalan merokok dan kadar tersebut semakin membimbangkan
berdasarkan peningkatan kes. Jumlah tersebut menggambarkan terdapat 38 kematian
sehari atau 1.2 kematian setiap jam berpunca daripada amalan merokok.
Amalan merokok
bermula sewaktu remaja, mereka yang tidak merokok sewaktu usia remaja
berkemungkinan besar tidak akan memulakan amalan ini ketika menjelang dewasa.
Kajian yang dijalankan mendapat 90% remaja mula merokok ketika usia remaja dan
70% darinya akan menjadikannya sebagai amalan harian. Majoritinya akan
meneruskan amalan ini ketika menjelang dewasa. Disamping masalah kesihatan yang
bakal dihadapi oleh golongan ini akibat amalan merokok, mereka juga berpotensi
untuk terjebak dengan amalan penggunaan dadah dikemudian hari. Apa yang paling
membimbangkan ialah rokok juga membawa kepada ketagihan dadah. Menurut Pengerusi
Jawatankuasa Tindakan Merokok dan Kesihatan (ASH), Persatuan Perubatan Malaysia
(MMA), Prof Madya Dr. Lekhraj Rampal, perkara ini perlu diberi perhatian serius
kerana kebanyakan penagih bermula dengan rokok sebelum beralih kepada dadah.
Beliau menyarankan karajaan melaksanakan kempen ”Tak Nak Kepada Rokok” secara
agresif dengan menjadikan golongan kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah dan
universiti sebagai sasaran utama kempen tersebut. Ini kerana jika tidak
dibendung lebih awal adalah tidak mustahil golongan tersebut boleh terjerumus
ke kancah penagihan dadah.
Pada tahap umur ini, mereka
biasanya akan melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka
sesuatu yang baru. Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar
merokok ketika di bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor yang mendorong
mereka cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok
itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok
dikenali juga sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang
boleh menyebabkan ketagihan.
Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya.
Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya.
2.0 FOKUS KAJIAN
Masalah merokok merupakan masalah yang sering melanda di pelbagai
peringkat bermula dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat paling tinggi
iaitu Institut Pengajian Tinggi. Melalui pengalaman pengkaji sendiri dalam
menangani masalah merokok sekolah di kalangan pelajar sekolah sememangnya
terdapat faktor-faktor yang menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salahlaku
merokok di sekolah.
Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada
timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada amalan merokok. Bagi
mengurangkan masalah ini, langkah pertama yang perlu dicari ialah punca dan
faktor yang menyebabkan berlakunya masalah merokok di sekolah seterusnya
mencari jalan penyelesaian menanganinya. Oleh yang demikian, kajian ini
dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmanakah faktor-faktor yang menyebabkan
pelajar merokok dan faktor manakah yang lebih mendorong pelajar terlibat dengan
gejala rokok.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk
memperolehi dapatan dalam menangani masalah merokok sekolah. Secara khususnya
objektif kajian dalam penulisan ini ialah :
i. Mengenal pasti faktor keluarga yang mempengaruhi
pelajar dalam amalan merokok.
ii. Mengenal
pasti faktor rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.
iii. Mengenal pasti faktor diri
sendiri yang mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Sampel responden yang dipilih
bagi menjawab soal selidik ini melibatkan 10 orang murid lelaki tahun enam SK Bandar Tun
Razak. Responden kajian ini terbatas kepada pelajar yang dikenal pasti
mempunyai rekod salah laku merokok berdasarkan rekod disiplin sekolah.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Rekabentuk
kajian adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu
melalui penggunaan set soal selidik. Pemilihan rekabentuk deskriptif dalam
kajian ini adalah kerana kesesuaiannya untuk mengumpul maklumat mengenai
perkara yang dikaji, maklumat dan butiran yang dikehendaki. Soal selidik yang diedarkan kepada responden mengandungi dua bahagian.
Bahagian A mengandungi 2 item berkaitan latarbelakang responden. Manakala
Bahagian B pula mengandungi 7 item yang merupakan soalan terbuka dan 16 item
yang menggunakan skala Likert lima mata seperti pada Jadual 1.
Jadual
1 Skala Likert Lima Mata
|
Skala
|
Tahap
|
|
1
|
Sangat tidak setuju
|
|
2
|
Tidak setuju
|
|
3
|
Hampir setuju
|
|
4
|
Setuju
|
|
5
|
Sangat setuju
|
Bagi menentukan tahap
persetujuan responden terhadap faktor yang mempengaruhi amalan merokok,
penggunaan min skor dengan tiga tahap persetujuan digunakan seperti pada Jadual
2.
Jadual
2 Pembahagian tahap min
|
Skala
|
Tahap
|
|
1.00 – 2.33
|
Rendah
|
|
2.34 – 3.67
|
Sederhana
|
|
3.68 – 5.00
|
Tinggi
|
Sumber : Levin & Rubin
1998
6.0 DAPATAN KAJIAN
Data yang diperolehi melalui item
soalan yang berkaitan dengan tujuan kajian telah diproses dan dianalisis secara
statistik deskriptif menggunakan perisian statistik SPSS. Aspek faktor keluarga
yang mempengaruhi amalan merokok dinilai melalui 5 item yang dibina. Min yang
diperolehi untuk aspek ini boleh dirujuk pada Jadual 3.
Jadual 3 Faktor keluarga yang mempengaruhi amalan merokok
|
Item
Faktor keluarga
|
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
|
2
Tidak
Setuju
f
(%)
|
3
Hampir Setuju
f
(%)
|
4
Setuju
f
(%)
|
5
Sangat Setuju
f
(%)
|
Min
|
Tahap
|
|
Ahli keluarga saya ada yang merokok
|
1
(14.3)
|
3
(42.9)
|
0
(0)
|
3
(42.9)
|
0
(0)
|
2.71
|
Sederhana
|
|
Ibu bapa saya tahu saya merokok
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
3
(42.9)
|
2
(28.6)
|
0
(0)
|
2.85
|
Sederhana
|
|
Ibu bapa saya mengizinkan saya merokok
|
5
(71.4)
|
2
(28.6)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
1.29
|
Rendah
|
|
Hubungan saya dengan keluarga renggang
|
1
(14.3)
|
2
(28.6)
|
2
(28.6)
|
2
(28.6)
|
0
(0)
|
2.71
|
Sederhana
|
|
Keadaan dalam
keluarga mempengaruhi saya untuk merokok
|
3
(42.9)
|
4
(57.1)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
1.57
|
Rendah
|
|
Min Keseluruhan
|
|
2.23
|
Sederhana
|
Merujuk kepada Jadual 3, min
keseluruhan untuk aspek faktor keluaga yang mempengaruhi amalan merokok adalah
2.23 yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang sederhana.
Julat nilai min adalah antara 1.29 hingga 2.85. Secara keseluruhan, responden
memberikan persetujuan yang sederhana untuk setiap item dalam aspek faktor
keluarga yang mempengaruhi amalan merokok. Min untuk item Ibu bapa saya mengizinkan saya merokok adalah yang terendah iaitu 1.29.
Ini menunjukkan responden bersetuju pada tahap
rendah bahawa faktor keluarga mempengaruhi amalan merokok. Aspek
faktor rakan yang mempengaruhi amalan merokok dinilai melalui 5 item yang
dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini boleh dirujuk pada Jadual 4.
Jadual 4 Faktor rakan sebaya yang mempengaruhi amalan merokok
|
Item
Faktor rakan sebaya
|
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
|
2
Tidak
Setuju
f
(%)
|
3
Hampir Setuju
f
(%)
|
4
Setuju
f
(%)
|
5
Sangat Setuju
f
(%)
|
Min
|
Tahap
|
|
Kebanyakan rakan-rakan saya merokok
|
1
(14.3)
|
2
(28.6)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
2
(28.6)
|
3.14
|
Sederhana
|
|
Saya mula merokok kerana ajakan kawan
|
0
(0)
|
0
(0)
|
5
(71.4)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
3.43
|
Sederhana
|
|
Saya merokok supaya saya diterima
oleh rakan-rakan
|
1
(14.3)
|
3
(42.9)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
2.71
|
Sederhana
|
|
Saya suka berkawan dengan rakan-rakan
yang merokok
|
2
(28.6)
|
2
(28.6)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
2.57
|
Sederhana
|
|
Saya suka berkongsi masalah dengan
rakan-rakan
|
1
(14.3)
|
0
(0)
|
2
(28.6)
|
3
(42.9)
|
1
(14.3)
|
3.43
|
Sederhana
|
|
Min Keseluruhan
|
3.06
|
Sederhana
|
Merujuk kepada Jadual 4, min keseluruhan untuk aspek faktor pengaruh
rakan sebaya dalam amalan merokok adalah 3.06 yang boleh diklasifikasikan
sebagai tahap persetujuan yang sederhana. Julat nilai min adalah antara 2.57
hingga 3.43. Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang
sederhana untuk setiap item dalam aspek pengaruh rakan dalam amalan merokok.
Min untuk item Saya suka berkawan dengan rakan-rakan yang merokok adalah yang terendah iaitu 2.57. Ini menunjukkan responden bersetuju
pada tahap sederhana untuk berkawan dengan rakan yang merokok.
Aspek
faktor diri sendiri yang mempengaruhi amalan merokok dinilai melalui 6 item
yang dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini boleh dirujuk pada Jadual 5.
Jadual 5 Faktor diri sendiri yang mempengaruhi amalan merokok
|
Item
Faktor diri sendiri
|
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
|
2
Tidak
Setuju
f
(%)
|
3
Hampir Setuju
f
(%)
|
4
Setuju
f
(%)
|
5
Sangat Setuju
f
(%)
|
Min
|
Tahap
|
|
Saya merokok sekadar untuk suka-suka
sahaja
|
1
(14.3)
|
2
(28.6)
|
2
(28.6)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
2.89
|
Sederhana
|
|
Saya merokok apabila berada dalam
keadaan stress
|
0
(0)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
5
(71.4)
|
2
(28.6)
|
3.57
|
Sederhana
|
|
Saya mula merokok kerana ingin
mencuba
|
0
(0)
|
2
(28.6)
|
2
(28.6)
|
1
(14.3)
|
2
(28.6)
|
3.43
|
Sederhana
|
|
Saya mula merokok kerana ingin
mencari keseronokan
|
0
(0)
|
3
(42.9)
|
3
(42.9)
|
1
(14.3)
|
0
(0)
|
2.86
|
Sederhana
|
|
Saya merokok kerana mahu kelihatan
‘cool’
|
2
(28.6)
|
3
(42.9)
|
1
(14.3)
|
0
(0)
|
1
(14.3)
|
2.29
|
Rendah
|
|
Saya rasa bangga apabila merokok
|
2
(28.6)
|
4
(57.1)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
1
(14.3)
|
2.14
|
Rendah
|
|
Min Keseluruhan
|
2.86
|
Sederhana
|
Merujuk kepada Jadual 5, min keseluruhan untuk aspek faktor diri sendiri
dalam amalan merokok adalah 2.86 yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap
persetujuan yang sederhana. Julat nilai min adalah antara 2.14 hingga 3.57.
Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang sederhana dalam aspek
faktor diri sendiri dalam amalan merokok. Min untuk item Saya merokok apabila berada dalam
keadaan stress adalah yang tertinggi iaitu 3.57. Ini
menunjukkan responden bersetuju pada tahap sederhana iaitu merokok untuk
hilangkan stres.
Min dalam menentukan faktor yang mempengaruhi amalan merokok adalah
seperti dalam Jadual 6.
Jadual 6 Nilai min dalam faktor
yang mempengaruhi amalan merokok
|
Aspek
|
Min
|
Tahap
|
|
Keluarga
|
2.23
|
Sederhana
|
|
Rakan
|
3.06
|
Sederhana
|
|
Diri sendiri
|
2.86
|
Sederhana
|
Jadual 6 di atas
menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor iaitu faktor keluarga, faktor
rakan dan faktor diri sendiri yang mempengaruhi tingkah laku merokok dalam
kalangan pelajar sekolah. Nilai min bagi faktor rakan sebaya menunjukkan nilai
tertinggi sebanyak 3.06 diikuti nilai min bagi faktor diri sendiri 2.86 dan
yang terendah, nilai min bagi faktor keluarga sebanyak 2.23. Min untuk setiap
faktor adalah berada tahap sederhana. Nilai min tertinggi faktor rakan sebaya
menunjukkan yang rakan sebaya paling mempengaruhi amalan merokok dalam kalangan
pelajar sekolah. Kesimpulan
yang boleh dicapai melalui hasil kajian ini adalah faktor utama yang mendorong
amalan merokok adalah pengaruh rakan sebaya. Walau bagaimana pun faktor diri
sendiri dan keluarga juga turut menyumbang kearah amalan yang tidak sihat ini.
7.0 Cadangan Untuk Kajian
Seterusnya
Bagi kajian
akan datang, pengkaji bercadang untuk memberi fokus yang lebih mendalam kepada
faktor penyebab yang dibincangkan. Skop kajian juga perlu dikecilkan bagi
memudahkan pengkaji mengenalpasti dan merancang aktiviti dan program yang
bersesuaian bagi membantu pelajar yang terlibat.
Kegiatan merokok di kalangan remaja merupakan masalah serius yang wujud
di semua tempat tidak kira di sekolah, rumah atau di mana-mana. Amalan ini
berkait rapat dengan perkembangan masalah sosial dan jenayah dalam negara. Jika
perkara akar umbi ini tidak dibanteras segera, dibimbangi suatu hari nanti ia
menjadi barah yang tidak dapat diuabati lagi. Jika perkara ini berlaku ia bukan
sahaja memberi kesan kepada diri pelajar itu sahaja tetapi ia menjejas kan
semua. Negara akan menjadi mundur kerana rakyatnya yang asyik leka dan lalai
dalam keseronokan berpanjangan tanpa melihat kemajuan yang telah dicapai oleh
negara lain. Secara keseluruhan dapat dirumuskan bahawa faktor keluarga menjadi
penyebab responden memulakan tabiat merokok, sementara faktor rakan sebaya
menjadi pendorong atau pemankin untuk responden meneruskan tabiat ini.
Pendapat ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
Pendapat ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
“Manusia itu dilahirkan dengan fitrah (tabiat
atau potensi yang baik). Hanya ibu bapanyalah (alam sekitar) menyebabkan ia
menjadi Yahudi, Nasrani atau menjadi Majusi”